fbpx

Lelaki tempatan mati dalam tandas restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KAJANG – Seorang lelaki warga tempatan ditemui mati dalam tandas di sebuah restoran di Taman Kasturi Balakong, dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata,  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.27 malam daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri disyaki telah meninggal dunia dalam tandas berkenaan.

“Sebaik anggota polis tiba di tempat kejadian, didapati seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun tidak sedarkan diri dan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini, boleh berhubung dengan mana-mana balai yang berdekatan atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes, Sarjan Emran di talian 013-7638512. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI