fbpx

Laporan siasatan kes MITRA hampir selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

KUALA LUMPUR – Laporan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes penyelewengan dana Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) melibatkan 10 syarikat hampir selesai.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, hasil siasatan itu akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat untuk dicadangkan pertuduhan manakala baki 17 syarikat yang dikenal pasti masih dalam siasatan.

“SPRM bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dengan menubuhkan pasukan khas siasatan untuk melihat semua tuntutan yang dibuat (syarikat) berkenaan.

“Semua laporan yang dikemukakan syarikat-syarikat itu dari tahun 2018 sehingga 2020 juga sudah dirampas,” katanya pada sidang akhbar di majlis pelancaran Kempen Kesedaran Pencegahan Rasuah Di Pengangkutan Awam: Usahasama SPRM dan MRT Corp di sini hari ini.

Mengulas lanjut, pihaknya juga akan melihat sistem dan prosedur diamalkan jabatan kerajaan dalam pemberian geran yang dilihat mempunyai kekurangan.

“Terdapat dua perkara dalam penyiasatan SPRM iaitu satu berbentuk jenayah, satu lagi untuk penambahbaikan sistem dan prosedur supaya ia tidak berulang pada masa akan datang.

“Proses itu masih berjalan dan kita akan berbincang dengan kementerian berkenaan,” katanya.

Pada Oktober lalu, SPRM mengumumkan penahanan 16 pengarah syarikat disyaki terlibat penyelewengan geran peruntukan MITRA.

Kesemua suspek ditahan dalam satu operasi besar-besaran di sekitar Lembah Klang bermula pada 25 Oktober lalu.

Dianggarkan puluhan juta ringgit dilesapkan oleh kumpulan itu yang pada asalnya memohon geran peruntukan MITRA bagi melaksanakan program-program sosioekonomi masyarakat India di Malaysia. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI