KUALA LUMPUR – Kerajaan komited selesaikan cabaran dalam mengetengahkan program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam sistem pendidikan negara.
Menurut Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Mohamad Zulkefly Sulaiman, dengan peruntukkan sebangak RM6.6 bilion bagi bidang Teknikal dan Vokasional (TVET), hal ini menunjukkan kerajaan bersungguh-sungguh dalam mengubah pandangan masyarakat terhadap bidang teknikal.
“Bersama bajet yang diperuntukkan bagi (TVET) dalam Belanjawan 2022, harap ini akan mengubah persepsi masyarakat sekaligus membantu dalam menghasilkan tenaga kerja terlatih dan kompetetif,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Tambahnya, perkara ini selaras dengan keperluan industri ke arah merealisasikan hala tuju MyDigital, Dasar 4IR Negara dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12). – K! ONLINE