fbpx

43,124 pelajar di Perlis hadir sesi persekolahan bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar mengimbas suhu sebelum memasuki kawasan sekolah di SMK Perlis, Kangar hari ini.

KANGAR – Seramai 43,124 pelajar sekolah rendah dan menengah memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini setelah negeri ini memasuki Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada 8 November lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Perlis, Rozieana Ahmad berkata, jumlah tersebut melibatkan 23,777 murid sekolah rendah dan 19,347 pelajar sekolah menengah.

Katanya, pembukaan tersebut turut melibatkan seramai 2,380 guru sekolah rendah dan 2,302 guru sekolah menengah dengan jumlah keseluruhan seramai 4,682 orang.

“Pembukaan ini melibatkan 104 buah sekolah iaitu masing-masing 74 sekolah rendah dan 30 sekolah menengah.

“Daripada jumlah tersebut, sebanyak tujuh sekolah beroperasi penuh tanpa sistem penggiliran kerana bilangan pelajar tidak melebihi 150 orang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI