fbpx

Ibu Ani dalang PATI didakwa esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Dalang sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) dikenali Ibu Ani yang diberkas dalam satu operasi khas sebelum ini bakal didakwa di Mahkamah Petaling Jaya, esok.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Selangor, Kepten Maritim Mohd. Rosli Kassim berkata, pendakwaan tersebut selepas mendapat kebenaran daripada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

Katanya, suspek berusia 56 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 26 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Mengikut akta tersebut memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada pejabat DPP dan arahan untuk menuduh kepada suspek berkenaan akan dilakukan esok,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, pihaknya juga mendapat kebenaran pertuduhan terhadap 25 PATI warga Indonesia berusia 19 hingga 46 tahun yang ditahan dalam operasi sama.

Tambah Mohd. Rosli, mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen pengenalan diri dan Seksyen 15(1)(c) akta sama atas kesalahan tinggal lebih masa.

“Kesemua PATI akan didakwa pada Rabu di Mahkamah Kuala Selangor dan Klang,” jelasnya.

Kosmo! pada 9 November lalu melaporkan kelicikan seorang wanita warga Indonesia dikenali Ibu Ani yang mengaut keuntungan lumayan dengan menjadi dalang sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) akhirnya terbongkar selepas dia diberkas dalam satu operasi khas di sebuah rumah di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur.

Suspek berusia 56 tahun yang mempunyai dokumen sah itu diberkas pukul 5 pagi pada 5 November lalu.

Ibu Ani dipercayai mempromosikan kegiatannya kepada rakan senegara untuk memasuki atau keluar dari Malaysia menerusi aplikasi WhatsApp dengan setiap PATI dikenakan bayaran RM2,000 seorang. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI