fbpx

Padah beri rasuah, pemilik syarikat direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota SPRM mengiringi seorang pemilik syarikat yang direman tiga hari bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Seorang pemilik sebuah syarikat direman tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes pemberian rasuah kepada pegawai Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Suapan itu dipercayai bagi menukar pemilikan saham syarikatnya kepada syarikat milik rakannya menggunakan dokumen palsu.

Perintah reman sehingga 31 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 66 tahun tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pada pukul 3 petang semalam ketika hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, pemindahan saham tersebut tidak didaftarkan oleh SSM dan turut melibatkan setiausaha syarikat.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17 (b) Akta SPRM 2009. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI