PETALING JAYA – Tular sebuah video di media sosial berkenaan sebuah kereta jenis Toyota Vios mengalami kemalangan akibat terbabas dipercayai berlaku di Lebuh Raya Karak semalam.
Menerusi perkongsian video oleh Taufiq Mahmud di laman sosial Facebook, kenderaan tersebut kelihatan bergerak laju di dalam keadaan jalan yang licin akibat baru selepas hujan.
Berdasarkan video berdurasi 13 saat di Facebook itu, pemandu yang memandu kenderaan tersebut kelihatan sangat laju sebelum terbabas sehingga mengakibatkan pelanggaran pada pembahagi jalan raya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati semasa memandu akibat cuaca yang tidak menentu.
“Kenapa bawa laju-laju?, keadaan jalan Karak itu berbukit-bukit ditambah pula dengan jalan yang tengah licin memang akan terbabas kalau tak pegang stereng kuat-kuat,” kata Kamaruddin Sampul.
“Sekarang ini cuaca tengah hujan, saya harap orang ramai sentiasa berhati-hati semasa memandu, saya doakan agar pemandu tersebut berada dalam keadaan yang selamat,” ujar Saiful Hasin.
“Selamat keadaan kereta itu tak teruk, dengan cuaca sekarang ditambah pula jalan macam ini rasa seram nak bawa kereta laju-laju, biar lambat asal selamat,” jelas Farid Ismail. – K! ONLINE