fbpx

Polis pantau SOP hantar, ambil murid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noorzainy menyambut pelajar yang hadir ke sekolah selepas pembukaan sekolah pada fasa 4 PPN di Sekolah Kebangsaan Cator Avenue, Ipoh hari ini.

IPOH – Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis ditempatkan di 1,102 buah sekolah di seluruh negeri Perak bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sepanjang sesi persekolahan secara bersemuka.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Perak, Senior Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pemantauan itu bukan hanya melibatkan pegawai perhubungan sekolah (PPS) malah elemen lain seperti Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

Katanya, pemantauan itu dijalankan setiap hari iaitu pada sesi persekolah waktu pagi dan petang serta selepas tamat waktu persekolahan.

“Kita bukan hanya pantau pada awal pagi, tetapi juga semasa balik sekolah. Kita risau ibu bapa yang mahu ambil anak dalam keadaan cepat, tidak patuh kepada SOP.

“Pemantauan juga dilakukan oleh anggota trafik dari segi kesesakan lalu lintas sekali gus bagi memastikan keselamatan pelajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Program Pematuhan SOP Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sekolah Kebangsaan (SK) Cator Avenue di sini hari ini.

Di SK Cator Avenue, terdapat 29 kelas dari tahun satu hingga enam melibatkan 367 pelajar yang akan mengikuti sesi persekolahan secara bersemuka pada minggu ini.

Seramai 100,816 murid daripada 852 buah sekolah rendah di seluruh Perak memulakan sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.

Sesi minggu ini melibatkan pelajar bagi kumpulan A iaitu 100,816 murid manakala kumpulan B akan menjalani sesi persekolahan pada minggu hadapan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI