fbpx

Pemandu mabuk rempuh kedai, pekerja tidak sedarkan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang tidak sedarkan diri selepas sebuah kereta merempuh masuk ke dalam kedai tersebut.

AMPANG – Seorang pekerja kedai perabot berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai mabuk merempuh masuk ke dalam kedai tersebut.

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai perabot terpakai di Jalan Kampung Pasir di sini kira-kira pukul 6.14 petang.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.14 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, sebuah kereta jenis Proton Preve telah merempuh masuk ke dalam kedai perabot terpakai.

“Rempuhan terbabit mengakibatkan seorang pekerja kedai berusia dalam lingkungan 20-an berada dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Norazam memberitahu, mangsa warga tempatan tersebut telah dihantar ke Hospital Ampang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Pemandu berusia 36 tahun berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan dipercayai memandu dibawah pengaruh alkohol.

“Pemandu berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI