fbpx

Solskjaer sah tinggalkan United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER (kanan) sah melepaskan jawatannya di Old Trafford dan tugas itu bakal dipikul oleh Carrick buat sementara waktu. - AFP

MANCHESTER – Selepas mencatat kekalahan memalukan 1-4 kepada Watford dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Vicarage Road malam kelmarin, pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sah melepaskan jawatannya.

Perkara itu diumumkan secara rasmi di laman rasmi skuad The Red Devils sebentar tadi selepas pengurusan tertinggi dikatakan mengadakan mesyuarat tergempar selepas kekalahan tersebut.

Pengendali dari Norway itu akhirnya melepaskan jawatannya selaku pengendali United selepas mereka mencatat lima kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana.

Tugas untuk mengemudi United ketika ini akan diisi buat sementara waktu oleh penolong pengurus, Michael Carrick bagi membolehkan pasukan itu mengenalpasti pengurus interim yang bakal dibawa masuk.

Sebagai rekod, Solskjaer dilantik sebagai pengurus pasukan itu pada Disember 2018 dan berjaya membantu United muncul naib juara saingan Liga Europa musim lalu serta naib juara Liga Perdana Inggeris.

Beberapa nama dikaitkan dengan jawatan ditinggalkan oleh Solskjaer itu antaranya, Erik Ten Hag, Brendan Rodgers dan yang paling kuat adalah bekas jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI