PUTRAJAYA – Sebanyak 5,525 kes sembuh daripada Covid-19 hari ini, menjadikan jumlah pesakit sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,487,809 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes harian hari ini mencatatkan sebanyak 4,854 kes termasuk 12 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 2,586,601 kes.
“Daripada jumlah kes hari ini, 86 kes (1.8 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 4,768 kes (98.2 peratus) lagi adalah kategori satu dan dua.
“Sebanyak 541 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 267 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.
Ujarnya lagi, tiga kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster aktif setakat ini sebanyak 235 kluster. -K! ONLINE.