fbpx

Impian Arsenal tidak kesampaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
REKOD 10 aksi tanpa kalah Arsenal lebur selepas tewas 0-4 kepada Liverpool pada aksi di Anfield awal pagi semalam. – AFP

LIVERPOOL – Impian Arsenal untuk mencipta kejutan menewaskan Liverpool sekali gus melebarkan rekod kepada 11 perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan tidak kesampaian.

Beberapa kesilapan mudah dilakukan menyebabkan The Gunners ‘ranap’ dibaham Liver­pool 0-4 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield awal pagi semalam.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menyifatkan faktor itu sebagai punca kekalahan pasukannya sehingga melepaskan tiga gol mudah kepada The Reds dalam babak kedua menerusi Diogo Jota, Mohamed Salah dan Takumi Minamino.

“Kami cuba membina semu­la permainan selepas ketinggalan satu gol di separuh masa pertama. Malangnya, kami me­lakukan perkara sebaliknya selepas itu.

“Kami dihancurkan dalam tempoh 15 ke 20 minit pertama di babak kedua. Kami kerap melepaskan bola di kawasan bahaya yang menyebabkan kami kalah.

“Kami tahu sebarang kesilapan akan mengundang padah. Mereka mendominasi perlawanan dan bermain lebih bagus daripada kami,” katanya.

Namun, kekalahan itu tidak menjejaskan kedudukan Arsenal yang kekal di tempat kelima EPL dengan 20 mata selepas.

Arsenal berpeluang kembali ke landasan kemenangan apabila menanti kunjungan Newcastle United Sabtu ini sebelum ke Old Trafford berdepan Manchester United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI