fbpx

Tuchel belum puas hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANTE (tengah) berjaya meledak gol kedua Chelsea ketika mereka menewaskan Leicester 3-0 pada aksi kelmarin. – AFP

LEICESTER – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel tetap merasakan pasukannya masih perlu memperbaiki beberapa aspek kelemahan meskipun selesa menerajui carta Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kelebihan empat mata.

Kejayaan terbaharu itu ­hadir selepas The Blues mencatat kemenangan 3-0 ke atas salah satu pasukan Top 6 musim lalu, Leicester City dalam saingan EPL di Stadium King Power malam kelmarin.

“Saya berpuas hati dengan keseluruhan prestasi kerana kami sebenarnya boleh menamatkan perlawanan ini lebih awal. Namun, disebabkan beberapa perkara seperti penyudah yang kurang tajam menyebabkan ia tidak berlaku.

“Kami sepatutnya lebih klinikal apabila di hadapan gawang lawan. Kalau kami dapat gol ketiga dalam babak pertama, perlawanan ini akan terus berakhir.

“Apa-apa pun saya tetap gembira walaupun ada ruang yang boleh diperbaiki. Para pemain layak menerima pujian berdasarkan usaha gigih yang mereka tunjukkan dalam babak kedua,” kata Tuchel.

Dalam masa sama, pengendali dari Jerman itu sekali lagi menghambur pujian kepada dua pertahanan sayapnya iaitu Ben Chilwell dan Reece James yang terus mencipta umpanan jari­ngan buat pasukan.

Chelsea memperoleh dua gol dalam separuh masa pertama menerusi tandukan Antonio Rudiger dan percubaan menarik hasil ge­rakan solo daripada N’Golo Kante pada minit ke-14 serta 28.

Tiga mata sah menjadi milik juara Eropah itu menerusi gol ketiga hasil tampanan Christian Pulisic yang memanfaatkan hantaran cantik daripada Hakim ­Ziyech pada minit ke-71. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI