fbpx

‘Hujan duit’ di San Diego

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis mengumpulkan wang tunai yang berterabur menggunakan beg plastik di tempat kejadian. - CBS

SAN DIEGO – Kejadian wang tunai berterabur daripada van keselamatan di atas sebuah lebuh raya di Amerika Syarikat menyebabkan orang ramai berebut untuk mengutipnya sehingga mengundang campur tangan polis, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC).

Rakaman video mengenainya yang tular di media sosial menunjukkan orang ramai berebut-rebut untuk mengutip wang yang bertaburan di tepi jalan di lebuh raya Interstate 5 di San Diego, California.

Polis berkata, insiden itu menyebabkan sebilangan pemandu meninggalkan kenderaan mereka sehingga menghalang lalu lintas. Polis juga melakukan beberapa tangkapan dan meminta orang ramai yang mengambil wang tersebut supaya mengembalikannya. 

Kejadian berlaku apabila satu pintu kenderaan itu terbuka dan menyebabkan beg-beg berisi  wang tunai terjatuh lalu pecah sekitar pukul 1.15 pagi (waktu tempatan).

‘’Atas sebab apa pun, wang itu jatuh dan berasal dari van keselamatan. Ia bukan milik orang ramai,’’ kata Pegawai Peronda Lebuhraya California (CHP), Jim Bettencourt.

Video itu dirakam personaliti kecergasan media sosial, Demi Bagby yang menunjukkan pergerakan lalu lintas yang terhenti dengan orang yang lalu lalang bertindak menyambar wang kertas dengan nilai AS$20 (RM 83.67) yang berterabur. 

‘’Ini adalah perkara paling gila yang pernah saya lihat,’’ katanya.

Dua tangkapan dibuat di tempat kejadian, lapor media tempatan. FBI turut terlibat dan menggesa orang ramai yang mengambil wang tunai itu untuk tampil ke hadapan. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI