fbpx

Amaran ribut petir di tujuh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir berserta hujan lebat bagi tujuh negeri yang dijangka akan berlaku sehingga pukul 5 petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, penduduk di Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah diingatkan untuk berwaspada dengan ramalan cuaca buruk ini.

”Di Perlis, kesemua kawasan diramalkan mengalami hujan lebat dan ribut petir, manakala di Kedah kawasan terlibat ialah Langkawi,” katanya di sini hari ini.

Selain itu, ramalan yang sama turut melibatkan Hulu Langat di Selangor dan Jelebu berserta Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

”Cuaca sama juga diramal berlaku di seluruh kawasan negeri Melaka. Manakala di Johor, hujan lebat berserta ribut petir melanda Segamat, Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” ujarnya.

Tambahnya, amaran ribut petir itu juga dikeluarkan di di negeri Sabah melibatkan daerah Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak, Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Beluran, Sandakan) dan Kudat.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI