fbpx

1,187 pesakit Covid-19 masuk hospital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jumlah terkini pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital di seluruh negara merekodkan seramai 1,187 orang, berdasarkan data sehingga semalam.

Maklumat yang dikongsikan pada laman web CovidNow menunjukkan, kadar penggunaan katil secara keseluruhan adalah sebanyak 67.3 peratus manakala, sebanyak 39.8 peratus melibatkan pesakit Covid-19.

Berdasarkan pecahan negeri, pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital melibatkan Selangor (254 kes), Johor (168 kes), Sabah (123 kes), Sarawak (121 kes), Kelantan (110 kes), Perak (70 kes), Terengganu (70 kes) dan Pulau Pinang (56 kes).

“Seterusnya, Pahang (48 kes), Negeri Sembilan (40 kes), Kuala Lumpur (38 kes), Kedah (29 kes), Melaka (26 kes), Putrajaya (19 kes), Perlis (13 kes) dan Labuan (dua kes),” demikian data tersebut di sini hari ini.

Bagi kadar penggunaan Unit Rawatan Rapi (ICU) di seluruh negara merekodkan 65.2 peratus secara keseluruhan manakala, 47.1 peratus melibatkan pesakit Covid-19.

Untuk alat bantuan pernafasan pula merekodkan kadar penggunaan 38.8 peratus dan ia termasuk kes bukan Covid-19. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI