fbpx

Najib gesa Tengku Zafrul tekan ‘butang’ i-Citra RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hantaran Najib di laman Facebooknya hari ini.

PETALING JAYA – Selepas Barisan Nasional menang ‘besar’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan meluluskan pengeluaran i-Citra, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini, beliau yang juga Ahli Parlimen Pekan mahu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bertindak segera ke atas permintaan tersebut.

“Tengku Zafrul, kasi tekan butang i-Citra RM10k secepat mungkin,” tulisnya.

Susulan perkongsian bekas Perdana Menteri itu, pengguna laman sosial bersetuju dengan cadangan tersebut dan berharap agar kerajaan segera meluluskan pengeluaran i-Citra RM10,000.

“Terima kasih dato, dalam gembira meraikan kemenangan, masih ingat pasal rakyat yang sedang kesusahan,” tulis Naim Nazihar pada ruangan komen.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Kal Lie.

“Betul tu DS Najib Razak, kami betul-betul memerlukan RM10,000 tu lagi- lagi golongan B40 macam saya ni.

“Dah merata-rata saya mohon kerja, tapi semuanya tak nak ambik, mereka lebihkan yang sihat tubuh badan dan berumur 30 ke bawah. Sebab tu perlukan sangat RM10,000 untuk buat modal berniaga kecil-kecilan,” ujarnya.

Sehingga pukul 1 tengah hari tadi, hantaran tersebut telah dikongsi lebih 2,400 pengguna dan lebih 11,000 pengguna Facebook telah meninggalkan komen.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI