fbpx

Penduduk sekitar USJ mula terima bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk sekitar USJ 1 hingga USJ 27 yang mengalami gangguan air sejak semalam mula menerima bekalan secara berperingkat awal pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) berkata, bekalan air telah mula disalurkan bermula pukul 2 pagi setelah ujian kualiti air yang dijalankan di kolam tersebut memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan (KKM).

Jelas Air Selangor, bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya kira-kira pukul 3 petang ini.

“Air Selangor amat memahami kesulitan yang dihadapi oleh para pengguna dan akan terus berusaha untuk memulihkan bekalan air.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Air Selangor berkata, pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden dari semasa ke semasa.

“Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di help centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,”ujarnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan, insiden penurunan paras air di Kolam Air Sime UEP, USJ di sini mengakibatkan gangguan bekalan air kepada pengguna di kawasan USJ 1 hingga USJ 27.

Menurut Air Selangor, insiden itu berlaku susulan masalah teknikal iaitu ‘air lock’ pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan, Puchong.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI