MELAKA – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali selesai mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 malam tadi.
Majlis angkat sumpah Ketua Menteri berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama (TYT) pada pukul 12.58 tengah malam secara tertutup.
Kosmo! difahamkan antara yang hadir majlis tersebut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. – K! ONLINE