fbpx

Perak selangkah pertahan kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IZAD HAKIMI (dua dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Perak semakin hampir untuk mempertahankan gelaran Piala Tun Abdul Razak dimenangi musim lalu apabila melangkah ke pentas final tahun ini.

Kejayaan itu hadir selepas menewaskan seteru tradisi yang juga naib juara musim lalu, Terengganu 2-0 pada separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Dua gol daripada skuad bimbingan Abdul Sukur Adam itu diperoleh menerusi pukulan sudut penalti bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin dan jaringan padang Arif Sabron pada minit ketujuh serta 46.

Lawan Perak di pentas final malam esok adalah Pahang yang mencipta kebangkitan dramatik untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir edisi kali ini.

Apa tidaknya, anak-anak buah Mohd. Sufian Mohamad itu terlebih dahulu ketinggalan dua gol kepada Melaka sebelum bangkit menyamakan kedudukan 2-2 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti shoot-out.

KAPTEN Pahang, Ismail Abu beraksi cemerlang memastikan pasukannya berjaya bangkit mengalahkan Melaka pada separuh akhir Piala Tun Abdul Razak sebentar tadi. – MHC

Akhirnya, Pahang berjaya mengesahkan tiket ke final selepas menang 4-3 dalam penentuan penalti shoot-out tersebut.

“Tahniah kepada para pemain kerana memberikan komitmen yang tinggi selepas kami ketinggalan dua gol. Kami akan beri yang terbaik dan menjanjikan aksi final yang menarik esok,” kata kapten Pahang, Ismail Abu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI