MELAKA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Barisan Nasional (BN) sudah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, BN telah berjaya memperolehi majoriti melebihi 50 peratus daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan.
“Setakat pukul 9.42 malam, BN telah memenangi sejumlah 15 kerusi daripada 28 kerusi yang yang diperuntukan,” katanya pada sidang akhbar pengisytiharan Pilihan Raya Umum DUN Melaka Ke-15 di sini malam ini. – K! ONLINE