fbpx

PRN Melaka: Ab. Rauf tawan Tanjung Bidara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ab. Rauf

PETALING JAYA – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mendahui kiraan undi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara setakat pukul 7.50 petang tadi.

Ab. Rauf yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional(BN) Melaka setakat ini memperolehi sebanyak 3,559 undi diikuti oleh calon Pakatan Harapan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin dengan  3,195 undian.

Pertembungan tiga penjuru itu turut menyaksikan calon daripada Pakatan Harapan, Zainal Hassan memperolehi sebanyak 489 undian.

Untuk rekod, seramai 10,133 pengundi telah menjalankan tanggungjawab mereka dalam PRN kali ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI