fbpx

Zafirah wira KL ke final jumpa Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZAFIRAH (tengah) menjaringkan gol kemenangan KL menewaskan Melaka 1-0 pada separuh akhir Piala Tun Abdul Razak di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. - MHC

KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur (KL) berjaya mengesahkan kemaraan ke pentas final saingan Piala Tun Abdul Razak kategori wanita musim ini.

Bekas penyerang kebangsaan, Nur Zafirah Aziz muncul wira KL apabila meledak gol kemenangan pasukan pada hujung perlawanan untuk menewaskan Melaka 1-0 dalam aksi separuh akhir di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil sebentar tadi.

Kapten KL, Nur Syafiqah Mohd. Zain mengakui, gol tersebut merupakan jaringan yang dinanti-nantikan pasukan selepas mereka bermula perlahan dalam aksi itu.

“Gol itu sangat berbaloi selepas kami memilih ke final dengan jalan sukar kerana kami sepatutnya boleh mengikut jalan yang lebih mudah.

“Senang cakap, kerja keras kami akhirnya menuai hasil lumayan kerana berjaya ke final,” katanya selepas tamat perlawanan sebentar tadi.

Aksi final kategori wanita esok menyaksikan KL yang dibimbing A. Kannagi bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Pahang.

PEMAIN Pahang (jersi putih) meraikan kejayaan mara ke final Piala Tun Abdul Razak selepas menewaskan Melaka di Bukit Jalil sebentar tadi. – MHC

Pahang yang dikendalikan Mohamad Sabri Mohamad mengesahkan tiket ke perlawanan akhir selepas menang tipis 1-0 ke atas Pulau Pinang menerusi jaringan padang Nuriza Sulaiman pada minit kesembilan.

Sebagai rekod, Pahang dinobatkan sebagai juara saingan musim lalu selepas menewaskan Selangor di final edisi 2020 dengan keputusan 2-1. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI