SEKALI pandang macam pelakon Uqasha Senrose. Dua kali pandang tetap macam Uqasha. Tapi bila ulang banyak kali, rupa-rupanya Emma Maembong!
Bukan Diva seorang sahaja tau yang perasan wajah Emma persis wajah Uqasha selepas didandan oleh jurusolek @austouxh dan @syukqadir.
Netizen pun turut tertipu dengan hasil solekan yang menjelmakan wajah Emma saling tidak tumpah seperti tunang Kamal Adli itu.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji kecantikan Emma. Wajah polos tanpa solekan pun dah cantik, inikan pula wajah yang dihias indah. Bertambah-tambah cantik jadinya.
Paling Diva berkenan gaya rambut ‘berkepok-kepok’ Emma. Ala-ala gaya rambut ratu cantik dari benua Latin. Memang meletup!
DIVA: Pejam celik, pejam celik, tinggal sebulan sahaja lagi untuk ke penghujung tahun 2021. Dah capai ke azam masing-masing?