fbpx

Kenny belum pasti sertai aksi temasya Olimpik Paris 2024

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KENNY mengakui berdepan kecederaan lutut yang agak serius menyebabkan peluangnya ke saingan Paris 2024 tidak menentu. – AFP

LONDON – Peluang pemenang pingat emas acara basikal trek Sukan Olimpik Tokyo, Jason ­Kenny untuk beraksi di temasya Sukan Olimpik Paris 2024 masih lagi samar ekoran kecederaan yang dialaminya ketika ini.

Kenny mengakui bahawa dia tidak begitu optimis mengenai peluangnya memandangkan dia masih dihimpit rasa sakit sepanjang menjalani latihan.

“Banyak kemungkinan dan ia bergantung kepada kemampuan saya, namun saya tidak memiliki pilihan.

“Saya bergelut dan tidak boleh mencangkung atau pun berlatih se­perti yang saya mahukan. Lutut saya kini dalam keadaan yang teruk.

“Saya akan cuba secara perlahan-lahan dan pastikan saya mampu berlatih dengan sempurna. Saya tidak akan memaksa diri kerana kalau saya tidak dapat berlatih dengan baik, saya juga tidak mampu tampil lebih kompetitif.

“Saya tidak begitu yakin (status di Sukan Olimpik 2024). Saya sendiri pun tidak ingat bila kali terakhir saya dapat berlatih tanpa ada rasa sakit,” katanya.

Kejayaannya menjuarai acara keirin Tokyo 2020 menjadikan sebagai atlet Britain pertama yang memenangi tujuh pingat emas di Sukan Olimpik.

Pada temasya sama, Kenny turut memenangi pingat perak dalam acara pecut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI