fbpx

Nasib Marquez selepas Krismas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ berdepan masalah penglihatan dan nasibnya untuk saingan musim depan hanya ditentukan selepas perayaan Krismas nanti. – AFP

JEREZ, Sepanyol – Pengurus pasukan Repsol Honda, Alberto Puig menjelaskan, peluang Marc Marquez untuk kembali beraksi di atas litar lumba hanya akan diketahui selepas Krismas nanti.

Bagaimanapun, Puig me­negaskan, ia bergantung kepada hasil pemeriksaan bekas juara enam kali Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) itu dan proses pemulihan disebabkan masalah penglihatan dialaminya ketika ini.

“Keadaannya sekarang sama seperti yang kami jelaskan. Dia (Marquez) memerlukan sedikit waktu untuk pulih dan kemudian barulah kita lihat keadaan di bahagian matanya yang bengkak sebelum ini.

“Kami akan melakukan sekali lagi pemeriksaan dengan doktor sekitar Krismas nanti mengenai tahap kecederaan itu. Selepas itu mungkin kami akan membuat keputusan.

“Sudah tentu dia tidak gembira kerana tidak berada di sini (Jerez). Namun, dia amat memahami apa yang perlu dilakukannya iaitu bersabar dan berehat disebabkan masalah dialaminya sekarang,” kata Puig.

Kecederaan itu menyebabkan Marquez tidak dapat menyertai sesi latihan bebas di Litar Jerez, Sepanyol bermula kelmarin sebagai pemanas badan untuk menghadapi saingan MotoGP musim depan.

Sebagai rekod, Marquez me­ngalami masalah penglihatan itu selepas terlibat dalam kemala­ngan ketika menyertai sesi latihan off-road sebelum mengharungi Grand Prix (GP) Algarve, Portugal awal bulan ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI