fbpx

Tuduhan Kedah FA tidak berasas – JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dan Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

ISKANDAR PUTERI – Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi menolak tuduhan tidak berasas yang dibuat Kedah FA terhadap kelab itu yang mendakwa skuad Harimau Selatan berhutang dengan mereka.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards berkata, JDT tidak pernah menerima sebarang arahan mana-mana pihak sama ada untuk membayar pampasan atau melakukan sebarang rundingan.

“JDT berasa terkilan dengan pertuduhan tidak berasas yang berterusan oleh Kedah FA, kali ini melalui ketua pegawai eksekutif Zulkifli Che Haron yang menyatakan JDT masih berhutang dengan Kedah mengenai pampasan latihan dan pembangunan.

“JDT ingin menegaskan bahawa kami tidak pernah diarahkan oleh mana-mana pihak untuk membayar pampasan atau duduk berunding selepas keputusan yang dibuat oleh mahkamah timbang tara pada 9 Januari 2020.

“Keputusan itu adalah untuk membatalkan keputusan awal oleh Persatuan Bolasepak Malaysia yang mengarahkan untuk membayar pampasan latihan kepada Kedah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, JDT turut mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan dibuat Presiden Kedah FA, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengenai kelab itu tidak menjelaskan bayaran selepas menandatangani seorang pemain kelab utara berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI