fbpx

Senarai jawatankuasa RCI TH disembah kepada Agong Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris Ahmad (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan pada Majlis Serahan Program TH Perihatin 2021 Negeri Perak di Pejabat TH Perak, Ipoh hari ini. - Foto oleh ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Senarai Jawatankuasa Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, senarai akhir jawatankuasa tersebut yang melibatkan tujuh individu telah pun dimuktamadkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri, semalam.

“Senarai jawatankuasa itu akan dipersembah kepada Seri Paduka Baginda oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam perjumpaan mingguan, Jumaat ini.

“Sekiranya (senarai itu) mendapat perkenan baginda, baharu kita isytiharkan nama yang akan terlibat dengan RCI berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Serahan Program TH Prihatin 2021 Negeri Perak di Dewan Utama, Pejabat TH Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Pengarah Wilayah Tengah, Khairoddin Ahmad dan Pengarah TH Perak, Mohamad Abas.

Mengulas sama ada pelaksanaan RCI itu akan mengganggu operasi TH, Idris menjelaskan, operasi institusi kewangan tersebut akan berjalan seperti biasa.

“Sebarang aktiviti perniagaan termasuk urusan haji pendeposit tidak akan terganggu kerana isu-isu berbangkit mengenai TH adalah dari tahun 2014 hingga 2020.

“Dari segi operasi juga tidak terganggu kerana RCI ini dijalankan oleh kerajaan, bukannya TH,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI