fbpx

Kabinet arah Kementerian Kewangan selesaikan kenaikan harga baja, racun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (dua kanan) melihat pameran selepas melancarkan benih padi IS21, hari ini

SABAK BERNAM – Kementerian Kewangan diarahkan menyelesaikan masalah kenaikan harga baja dan racun yang kini membebankan para petani dan pesawah di seluruh negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kabinet turut mengarahkan kepada kementerian tersebut agar menyalurkan bantuan bagi meringankan pemasalahan dihadapi golongan tersebut ketika ini.

Katanya, perkara berhubung kenaikan harga itu telah dibincangkan secara terperinci dalam mesyuarat Kabinet semalam.

“Alasan harga baja dan racun tinggi adalah diimport walaupun ada syarikat di negara ini termasuk koperasi dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) mengeluarkannya namun bahan mentah diimport dari luar negara.

“Mahal harga negara pengeluar atau pengimport akan memberikan kesan kepada negara kita. Percayalah masalah rakyat, petani, pesawah adalah masalah kerajaan dan tidak akan biarkan mereka terbeban. InsyaAllah, kita akan bantu,” katanya ketika melancarkan benih padi IS21 di Loji Pengeluaran Benih Asas dan Tapak Penyelidikan Padi, Sekinchan hari ini. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI