fbpx

Cik B positif Covid-19, Vida gigil kepala lutut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIDA memberitahu badannya mennggigil ketika selepas mengetahui anak sulungnya itu disahkan positif Covid-19.

PETALING JAYA – Ibu mana yang hatinya tidak dilanda duka selepas mengetahui anak kesayangan disahkan positif Covid-19.

Itulah yang dirasai usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida selepas mendapat perkhabaran anak sulungnya, Cik B dijangkiti virus maut, Covid-19.

Menurut Vida atau nama penuhnya Hasmizah Othman, 49, dirinya panik dan badannya mengggil ketika menerima laporan kesihatan mengesahkan anaknya dijangkiti virus tersbeut.

“Ketika dapat tahu dia dijangkiti Covid-19, lutut saya menggigil dan panik. Saya dengan Cik banyak berkongsi banyak benda. Tidur sekatil dan minum air cawan yang sama.

“Awalnya saya sangka hanya demam biasa kerana tidak cukup rehat sebab dia ada penggambaran selama sebulan sebelum ini kemudian kami bercuti pula ke Pulau Langkawi dan Kuala Lumpur. Rupa-rupanya demam kerana Covid-19,” katanya.

Tambah pelantun lagi I Am Me itu, dia juga bersyukur kerana dirinya tidak dijangkiti Covid-19 kerana mempunyai anti bodi yang kuat memandangkan sudah lengkap menerima dua dos vaksin.

Dalam pada itu, dia juga tidak boleh membayangkan sekiranya Cik B dihantar ke mana-mana lokasi pusat kuarantin pesakit Covid-19.

“Saya tak boleh bayangkan Cik B ke sana. Diri sendiri pun dia tidak boleh urus.

“Biarlah dia jalani tempoh kuarantin di rumah. Lebih selesa untuk dia berehat,” katanya lagi.

Menurut Vida dalam hantaran lain, Cik B masih belum menerima dos kedua vaksinnya.

Semalam, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen Mohd Amin, 16, memaklumkan dirinya disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menjalani kuarantin kendiri di kediamannya di Ipoh, Perak. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI