KOTA BHARU – Mangsa banjir di negeri ini makin bertambah apabila Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Bongor, Jeli menjadi pusat pemindahan sementara (PPS) kedua yang dibuka pada hari ini.
Menurut aplikasi InfoBencanaJKM, seramai 35 mangsa telah ditempat di PPS SK Lubok Bongor sejak malam tadi.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SK Gual Tok Deh masih kekal dengan 31 orang.
Setakat pukul 12 tengah hari tadi, bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang masih berada di paras amaran iaitu 8.3 meter sementara Sungai Kelantan di Limau Kasturi di tahap waspada 56.98 meter. – K! ONLINE