fbpx

Ancaman kerintangan antibiotik perlu kerjasama semua masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA – Malaysia termasuk seluruh dunia melahirkan kebimbangan dengan peningkatan kerintangan antibiotik menjadi ancaman susulan penggunaan antibiotik yang tidak wajar dan berleluasa.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, isu kerintangan antibiotik boleh menyebabkan penyakit sukar diubati dan akan meningkatkan risiko morbiditi serta kematian.

“Ia yang mana kadar kematian bagi pesakit dengan jangkitan serius disebabkan bakteria kebal yang dirawat di hospital adalah kira-kira dua kali ganda berbanding pesakit dengan jangkitan bakteria biasa.

“Dianggarkan sebanyak 700,000 kematian global setiap tahun adalah dikaitkan dengan isu kerintangan antibiotik dan sekiranya tidak dikawal, angka ini dijangka meningkat kepada 10 juta menjelang tahun 2050,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kempen Minggu Kesedaran Antimikrob Sedunia bagi tahun 2021 yang bertemakan Hentikan Penyalahgunaan dan Penggunaan Berlebihan Antibiotik hari ini.

Beliau berkata, penggunaan antibiotik yang tidak wajar telah mewujudkan masalah baharu iaitu kerintangan antibiotik (AMR), sekali gus menyebabkan antibiotik yang digunakan tidak berkesan dalam merawat jangkitan.

“Suatu kajian berkaitan bakteria kebal E. coli yang dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) pada tahun 2019 bersama pelbagai agensi mendapati bakteria kebal, E. coli telah tersebar secara meluas dalam kalangan manusia, haiwan dan alam sekitar di Malaysia.

“Penemuan ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan dan kita perlu mengambil tindakan segera,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI