fbpx

Suspek buruan kes kemalangan berjaya ditangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang lelaki warga tempatan yang menjadi buruan polis berjaya ditangkap ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya semalam bagi membuat laporan mengenai kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 16 November lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd. Khalid Othman berkata, lelaki tersebut merupakan penunggang motosikal jenis Honda Dash antara yang terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya melibatkan dua buah motosikal di Jalan Persiaran Kewajipan arah USJ 8 yang membabitkan motosikal jenis Honda Dash dengan Yamaha R25.

“Semakan Sistem Laporan Polis Bersepadu (iPRS) mendapati penunggang tersebut mempunyai rekod dikehendaki polis berkait laporan di Balai Polis Cheras mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Lelaki tersebut telah ditangkap dan diserahkan ke Balai Polis Cheras untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui laman Facebook IPD Subang Jaya semalam.

Sementara itu, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Subang Jaya turut mengingatkan dan memberi amaran keras kepada semua pemandu dan penunggang motosikal agar tidak melibatkan diri dengan penggunaan dadah serta memandu di bawah pengaruh alkohol (mabuk).

“Hal ini mampu membahayakan nyawa sendiri dan orang lain terutamanya apabila melibatkan kes kemalangan di jalan raya,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI