fbpx

Kes aktif terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pesakit positif Covid-19 yang sedang dirawat dan diasingkan terus meningkat kepada 68,637 kes semalam, berbanding kelmarin yang merekodkan sebanyak 67,358 kes.

Menurut laman web CovidNow, daripada jumlah tersebut, sebanyak 54,174 kes dikuarantin di rumah dan 8,268 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

“Terdapat 5,653 kes di hospital, 274 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 268 kes di ICU dengan bantuan pernafasan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak 45 kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian di seluruh negara sebanyak 29,937 kes.

Tiada kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam semalam, manakala tujuh kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah terkini kes BID sebanyak 6,052 kes.

Kesemua kes kematian dilaporkan di Sabah (15), Selangor (7), Kedah (5), Kelantan (4), Sarawak (4), Pulau Pinang (3), Negeri Sembilan (2), Pahang (2), Melaka (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1) serta tiada kematian di Johor, Perak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 6,355 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,737 kes), Kelantan (735 kes), Sabah (543 kes), Johor (497 kes), Kedah (407 kes), Pahang (358 kes), Pulau Pinang (356 kes), Kuala Lumpur (324 kes), Sarawak (292 kes), Perak (284 kes), Terengganu (258 kes), Melaka (233 kes), Negeri Sembilan (214 kes), Putrajaya (82 kes), Labuan (19 kes) dan Perlis (16 kes). -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI