JASIN – Saudara kembar, Abdul Manan dan Adnan Abdul Muid masing-masing berusia 49 tahun antara yang terawal tiba di Pusat Pengundian Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau pagi ini.
Kedua-dua mereka tiba di hadapan Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 dekat sini kira-kira pukul 7.40 pagi ini bagi menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Abdul Manan berkata, dia dan saudara kembarnya tiba di pusat mengundi sebelum pukul 8 pagi dengan harapan tidak terlalu ramai datang mengundi waktu itu.
“Bimbang sebab risiko jangkitan Covid-19. Lagipun cepat mengundi cepat boleh urus hal lain,” katanya ketika ditemui Kosmo! pagi ini.
Sementara itu, Ng wee gwek, 59, merupakan individu terawal tiba Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 kira-kira pukul 7.34 pagi.
“Saya datang awal supaya dapat selesaikan urusan mengundi lebih awal,” katanya. – K! ONLINE