fbpx

Petugas kesihatan terkandas dibawa keluar dengan helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Unit Udara JBPM berjaya menyelamatkan 21 petugas kesihatan yang terkandas di Pos Tohoi, dekat sini selepas laluan balak rosak akibat hujan lebat. /FOTO IHSAN JBPM

GUA MUSANG – Seramai 21 orang kakitangan Hospital Orang Asli Gombak, Selangor terkandas selepas jalan balak yang merupakan satu-satunya laluan masuk ke Pos Tohoi di sini rosak akibat hujan lebat malam tadi.

Keadaan itu menyebabkan kesemua petugas terpaksa dibawa keluar menggunakan helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Pegawai Perhubungan Awam Unit Udara JBPM, Pangkalan Wilayah Tengah Subang, Selangor, Mohd. Farhan Marzuki berkata, petugas kesihatan berkenaan masuk ke perkampungan Orang Asli itu sejak seminggu lalu menggunakan jalan darat untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan dan suntikan vaksin.

Petugas sedang menaiki helikopter.

Menurutnya, JBPM menghantar pasukan menyelamat selepas menerima maklumat kejadian itu semalam sebelum mengeluarkan petugas kesihatan berkenaan pagi tadi.

“Kita menerima laporan dari Jabatan Kemajuan Orang Asli mengenai petugas berkenaan yang tidak dapat keluar menggunakan kenderaan kerana jalan balak rosak akibat hujan lebat.

“Operasi dijalankan dengan menggunakan helikopter M1-17 dari Pulau Langkawi, Kedah, pada pukul 9.20 pagi membabitkan lima anggota,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, helikopter berkenaan tiba di Pos Tohoi pada pukul 11.10 pagi bagi menyelamatkan 21 petugas kesihatan berkenaan sebelum mereka selamat tiba di Subang, Selangor pada pukul 12.20 tengah hari.

Ujarnya, penerbangan itu diketuai Timbalan Penguasa Bomba 1, Ahmad Fissol Ismail bersama empat lagi anggota. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI