fbpx

Penantian 20 tahun Nafuzi makin hampir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAFUZI memasang impian untuk menjulang Piala Malaysia bersama TFC musim ini.

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain kini mula bercita-cita untuk menamatkan penantian 20 tahun skuad Penyu dengan membantu wakil Pantai Timur itu untuk julang Piala Malaysia musim ini.

Kali terakhir Terengganu menjulang Piala Malaysia adalah pada 2001, ketika itu Nafuzi mewakili Terengganu sebagai pemain, menewaskan Perak 2-1.

Susulan kejayaan pasukan layak ke separuh akhir penuh bergaya, Nafuzi sekali lagi mahu mengecap nikmat bergelar juara dan kali ini bukan lagi sebagai pemain, tetapi ketua jurulatih Terengganu.

“Itu semua impian setiap pemain dan jurulatih. Semua orang pun sama, bukan saya saja, namun ia bukan kerja mudah dan banyak perkara perlu dilakukan.

“Saya tidak perlu berbi­cara tentang JDT (Johor Darul Ta’zim) sebab semua orang tahu mereka macam mana. Kalau mahu bandingkan dengan kami, memang jauh.

“Bagaimanapun, kami sudah pun di jalan betul, tinggal selangkah saja lagi. Jadi, kami kena lebih bersedia dan beri yang sehabis baik,” katanya.

TFC melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Sarawak United 6-3 secara agregat dan dijadualkan bertemu juara bertahan, JDT.

Mengulas kejayaan pasukannya, Nafuzi mengakui gol awal yang diperoleh berjaya membantu TFC tampil lebih yakin sepanjang 90 minit.

“Kemenangan (pertama) 2-1 belum selamat dan kali ini kami turun bukan untuk bertahan. Kami kena bermain menyerang dan ambil setiap peluang.

“Tidak jangka menang empat gol apatah lagi di tempat lawan. Mungkin sebab gol awal beri keyakinan kepada pemain dan ini pastinya bagus untuk pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI