fbpx

Ditampar berkali-kali penunggang basikal hidup semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video oleh @NoreenHadzim memaparkan seorang lelaki terkena serangan jantung akibat terlalu penat mengayuh basikal ketika menaiki bukit.

PETALING JAYA – Seorang lelaki mendapat ‘peluang kedua’ untuk meneruskan kehidupan selepas ditampar berkali-kali akibat terkena serangan jantung semasa menunggang basikal dipercayai berlaku di Indonesia.

Menerusi perkongsian oleh @NoreenHadzim di laman Twitter, kelihatan seorang lelaki ditampar pada bahagian muka oleh rakan-rakannya untuk menyedarkan semula individu tersebut.

Berdasarkan sebuah video berdurasi satu minit 25 saat yang dikongsikan @NoreenHadzim di Twitter, individu tersebut kemudiannya dibaringkan rakan-rakannya selepas tiada reaksi yang ditunjukkan oleh lelaki berkenaan.

Sejurus selepas dibaringkan, mereka terus melakukan tekanan dada dan proses bantuan pernafasan (CPR) kepada individu tersebut selepas beberapa saat lelaki itu menunjukkan sedikit reaksi.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial menasihati orang ramai yang menjadikan aktiviti berbasikal sebagai hobi harus mempelajari ilmu-ilmu asas berbasikal agar tidak terjadi seperti kejadian itu.

“Kalau nak berbasikal kena ada ilmu juga, sekurang-kurangnya tahu yang asas pun dah okay, tengok keadaan video pun dekat jalan ‘offroad’ kalau tiada ilmu lebih baik pusing taman sahaja,” ujar @farhanf18463302.

“Kena tahu ilmu CPR menyelamatkan nyawa, tak perlu hembus nafas pun, pastikan lidah tak tergulung dan sentiasa menekan dada mangsa, kalau ada orang lain berdekatan tukar-tukar tekanan dada,” kata @Biggie3Daddy pula.

“Siapa yang gemar bermain basikal macam ini perlu tahu ilmu asas berbasikal dan kalau boleh tolong belajar juga ilmu CPR ini sebab main basikal menyebabkan jantung sentiasa ‘pump’ laju,” komen @Akhmalazaman. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI