fbpx

GKP Fasa 2 dibayar Selasa depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 Fasa 2 di bawah Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) berjumlah RM500 akan dibuat mulai Selasa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran tersebut bakal memanfaatkan lebih sejuta peniaga kecil dan sederhana (PKS) mikro yang layak.

“Bayaran ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September 2021.

“Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 di bawah GKP 4.0 bagi meringankan beban kewangan mereka akibat pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, inisiatif itu akan melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baharu GKP 4.0 dengan implikasi kewangan sebanyak RM500 juta.

Katanya, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan GKP 4.0 boleh dibuat mulai 22 November depan melalui Portal GKP iaitu https://gkp.hasil.gov.my.

“Secara keseluruhan, jumlah peruntukan yang telah dan akan disalurkan kepada lebih sejuta PKS mikro di bawah GKP sejak Covid-19 melanda negara adalah sebanyak RM6.08 bilion.

“Kerajaan berharap agar bantuan tunai berterusan kepada PKS mikro yang layak ini dapat membantu aliran tunai di samping menggerakkan dan memulihkan kembali perniagaan mereka yang merupakan sektor yang paling terjejas sepanjang pandemik Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI