fbpx

Kebimbangan wabak cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ANNAPOLIS, MARYLAND – Kebimbangan terhadap tercetusnya wabak cacar monyet di Amerika Syarikat (AS) meningkat selepas seorang penduduk tempatan dari Maryland disahkan menghidap penyakit itu sejurus pulang dari Nigeria, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Jabatan Kesihatan Maryland (MDH) serta Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS berkata, pesakit berkenaan bagaimanapun hanya menunjukkan gejala-gejala ringan dan sedang menjalani kuarantin serta tidak perlu dimasukkan ke hospital.

Pegawai rasmi ketika ini tidak mengeluarkan sebarang amaran langkah berjaga-jaga kepada orang awam.

“Pihak berkuasa kesihatan awam telah mengenal pasti dan meneruskan tindakan susulan terhadap mereka yang mungkin pernah berhubung dengan pesakit terbabit.

“Respons kami dalam penyelarasan rapat dengan pegawai CDC menunjukkan kepentingan untuk mengekalkan infrastruktur kesihatan awam yang kukuh,” kata Timbalan Setiausaha Kesihatan Awam MDH, Dr. Jinlene Chan.

Cacar monyet merupakan sejenis wabak dalam keluarga virus yang sama seperti cacar, namun kebiasaannya, jangkitannya lebih ringan.

Ia boleh merebak dengan kadar pantas melalui kontak rapat dengan kulit dan cecair badan.

Pemindahan virus itu juga turut berlaku menerusi pakaian atau titisan pernafasan yang besar.

Tanda-tanda bahawa seseorang itu telah dijangkiti cacar monyet adalah termasuk selesema, sebelum munculnya ruam pada seluruh badan dan wajah. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI