fbpx

Pelamin roboh ketika bersanding, netizen dakwa bekas kekasih belum merelakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah pelamin persandingan tiba-tiba roboh, menyebabkan tetamu berlari menyelamatkan diri. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video yang menunjukkan insiden sebuah pelamin runtuh dalam satu majlis persandingan menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor laman berita Suara.com.

Rakaman video yang dikongsikan menerusi akaun TikTok milik @sit******* itu menunjukkan sebuah pelamin tiba-tiba runtuh, menyebabkan tetamu yang hadir berlari untuk menyelamatkan diri.

Cuaca pada ketika itu juga kelihatan mendung dengan langit mulai gelap serta angin mula bertiup kencang.

Netizen yang menonton klip video tersebut kemudian bergurau dan membuat tekaan bahawa ia mungkin berlaku kerana bekas kekasih pasangan pengantin itu yang belum benar-benar ikhlas atas perkahwinan mereka.

“Saya rasa ini kerana bekas kekasihnya belum ikhlas (merelakan perkahwinan tersebut),” komen seorang netizen.

“Bekas kekasihnya sudah mulai ‘beraksi’,” komen seorang netizen lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI