fbpx

KWP pertimbang lanjut pengecualian sewa premis di Putrajaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shahidan ketika membuat tinjauan menerusi program turun padang ke pusat penjualan coklat di Souq Shoppe @Dataran Putra, Presint 1, di sini hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mempertimbangkan untuk melanjutkan inisiatif pengurangan sewa premis sekali gus meringankan beban peniaga di Putrajaya.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata, perkara itu sedang dibincangkan diperingkat kementerian bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan keputusan mengenainya akan diumumkan pada bulan depan.

Beliau berkata, inisiatif pengecualian sewa premis itu dijangka tamat pada bulan depan.

“Kita akan lihat sama ada pengecualian itu akan diberikan secara penuh atau separuh. Ia akan diumumkan pada bulan depan,” katanya ketika ditemui selepas program turun padang ke pusat penjualan coklat di Souq Shoppe@Dataran Putra, Presint 1, di sini hari ini.

Jelas Shahidan, pihaknya memahami situasi dialami penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Sebelum ini, KWP menanggung kira-kira RM4.77 juta bagi inisiatif pengecualian sewa premis di Putrajaya yang mula dilaksanakan awal tahun ini.

Ia membabitkan sumbangan ‘one-off RM500 kepada peniaga kecil di Putrajaya, pengecualian sewaan premis milik Perbadanan Putrajaya (PPj), pengurangan 50 peratus sewa premis, pengecualian sewaan tapak kepada Penjaja Kecil Sementara Wilayah Bebas Berniaga dan pengecualian lesen peniaga kecil.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, PPj kini dalam usaha membangunkan semula kawasan perniagaan di Dataran Putra, Presint 1 sekali gus menarik pelawat dan pelancong. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI