fbpx

Dendam lama dua kongsi gelap punca kes tikam ah long di Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Arjunaidi

Oleh SITI AZIELAH WAHI

SEPANG – Dendam lama melibatkan dua kongsi gelap dipercayai menjadi punca pembunuhan seorang lelaki pemberi pinjam wang dalam kejadian yang berlaku di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang pada 6 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kesemua suspek yang ditahan dipercayai merupakan Gang Kongsi Gelap 24 Cina.

“Soal siasat yang dijalankan ke atas suspek-suspek yang ditahan telah berjaya mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan kes itu.

“Suspek telah menunjukkan lokasi pembakaran pakaian dan senjata yang dibuang dari Jambatan Kota ke Sungai Klang yang digunakan dalam kejadian tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut membuat siasatan berhubung penglibatan di kalangan ahli dan aktiviti kongsi gelap dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

“Berikutan tangkapan dan rampasan, pihak polis telah berjaya menyelesaikan kes ini dan kes dalam tindakan melengkapkan siasatan sebelum di hantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya.

Dalam kejadian pada 6 November lalu, seorang lelaki cina berusia 47 tahun mati ditetak tiga lelaki menggunakan parang.

Polis kemudian menahan enam lelaki di Klang dan Banting pada hari yang sama, manakala tiga lagi lelaki ditahan lima hari kemudian di sebuah restoran di Bandar Baru Seri Petaling.

Turut ditahan adalah seorang lelaki bersama dua wanita di sebuah rumah di kawasan sama.

Suspek ditahan reman selama 13 hari bermula 11 hingga 23 November ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI