SEJAK drama Kekasih Hati Mr. Bodyguard menemui penonton, nama Redza Rosli, 29, menjadi buah mulut netizen. Watak Hadif Akashah lakonannya memberi impak kuat terhadap Redza.
Ramai yang mengakui jatuh cinta dengan karakternya sehingga ada netizen merakam videonya secara curi-curi sebelum ditularkan dalam TikTok milik @Dila.Mahadzir baru-baru ini.
Lebih syok, aksi yang Redza tersenyum manis saat menyedari ada pihak sedang merakamkan perbuataannya mencairkan hati ramai.
“Alamak kantoi, manisnya dia (Redza) senyum,” tulis netizen.
“Kenapa aku pula tersengih seorang diri melihat video ini, cair!” komen seorang pengguna TikTok