fbpx

Bomba Fighters sedia lakar kejutan pada STL 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMMAD Hamdan (empat dari kanan) menunjukkan jersi selepas selepas memperkenalkan pasukan Bomba Fighters untuk bersaing dalam Liga Divisyen 1 STL 2020 di Putrajaya kelmarin.

Oleh SUBKHI SUDARJI

BIARPUN dilihat sebagai pasukan bukan pilihan, namun Bomba Fighters sedia melakar kejutan untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik saingan Liga Divisyen 1 Sepak Takraw (STL) 2020.

Mempertaruhkan barisan jurulatih dan pemain dalam kalangan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), penyertaan kali pertama mereka bukan sekadar pelengkap tetapi mengimpikan cabaran dan kemenangan.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, walaupun pasukan tidak diletakkan penanda aras dalam kejohanan itu, namun beliau percaya mereka akan berusaha me­raih keputusan positif.

“Ini kali pertama Bomba Fighters menyertai Liga Divisyen 1 STL 2020, kita tidak letak sasaran tinggi kepada mereka, namun dengan pengalaman jurulatih dan pemain mereka sudah tentunya akan tunjukkan kebolehan.

“Melihat ciri pasukan ini mungkin mereka mampu melakar kejutan, jangan pandang rendah kepada pasukan bukan pilihan dan seandainya berada dalam kelompok lima terbaik pun sudah bagus,” katanya kepada pemberita selepas memper­kenalkan pasukan Bomba Fighters di Putrajaya kelmarin.

Pada penyertaan sulung ini, Bomba Fighters dibarisi Moha­mad Afiq Ramli dan Nasyrul Izzuan Tolos sebagai apit kanan; Muhammad Muzammil Ramdzan dan Razman Raof (apit kiri), Yazmee Yazdan dan Irsyad Faiz Aziz (tekong).

Pasukan Bomba Fighters akan dibimbing oleh Ahmad Mohd. Zin sebagai ketua jurulatih yang juga jurulatih pasukan sepak takraw kebangsaan.

Liga Divisyen 1 STL tahun ini menyaksikan lapan pasukan akan bertanding dengan pasukan Bomba Fighters diundi bersama tiga pasukan lain iaitu Putrajaya Cybog, PSM Mavericks dan Kedah Eagles.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI