fbpx

55 kematian direkodkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 55 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kes terkini kematian di Malaysia sebanyak 29,892 kes.

Data pada laman web CovidNow menunjukkan, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat sembilan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID) dengan jumlah kes BID sebanyak 6,045 kes,” menurut maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Sarawak (10), Terengganu (8), Kedah (7), Kelantan (6), Selangor (6), Johor (5), Perak (4), Melaka (2), Negara Sembilan (2), Kuala Lumpur (2), Pahang (1), Perlis (1) dan Sabah (1) serta tiada kematian di Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.

Terdapat 67,358 kes aktif termasuk 52,820 kes dikuarantin di rumah, 8,181 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 5,816 kes di hospital, 278 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 263 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.

Sebanyak 8,380 kes harian semalam disumbangkan oleh Selangor (1,448 kes), Kelantan (733 kes), Pahang (425 kes), Kedah (409 kes), Johor (566 kes), Sabah (541 kes), Kuala Lumpur (399 kes), Pulau Pinang (327 kes), Sarawak (311 kes), Melaka (307 kes), Perak (304 kes), Terengganu (297 kes), Negeri Sembilan (239 kes), Putrajaya (35 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (18 kes). -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI