fbpx

Tiada kompromi, polis pun kena saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan seorang anggota peronda bermotosikal menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran 'fancy' dan tidak mempunyai cermin pandang belakang.

AMPANG JAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi dengan sesiapa termasuklah pegawai atau anggota sendiri sekiranya dikesan melanggar undang-undang seperti yang telah ditularkan di media sosial semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kira-kira pukul 5.30 petang, pihaknya telah terkesan satu video tular di aplikasi TikTok yang mendakwa terdapat seorang anggota polis telah melanggar peraturan.

“Menerusi rakaman video berdurasi 21 saat itu, kelihatan seorang anggota ronda dari Balai Polis Ampang menunggang motosikal dengan menggunakan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dibenarkan dan tidak mempunyai cermin pandang belakang.

“Susulan itu, tindakan berlandaskan undang-undang telah diambil terhadap anggota tersebut dengan mengeluarkan dua saman trafik bagi kesalahan yang dilakukan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tegas beliau, pihak IPD Ampang Jaya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai atau anggota yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI