PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebooknya memaklumkan, Pulau Pinang dan Pahang dijangka mengalami hujan lebat serta ribut petir hingga lewat malam hari ini.
Menurut MetMalaysia, keseluruhan kawasan di Pulau Pinang diramal mengalami cuaca buruk sehingga pukul 11 malam hari ini.
Sementara itu, di Pahang melibatkan kawasan Kuantan, Pekan dan Rompin yang turut diramal mengalami hujan lebat serta ribut petir.
“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 1 pagi,” katanya di sini hari ini. – K! ONLINE