fbpx

Peluang Dovi buru kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOVI perlu memanfaatkan peluang ketiadaan Marquez untuk memburu kejuaraan dunia sulung musim ini. – AFP

MADRID – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez yakin pelumba Itali, Andrea Dovizioso (Dovi) mampu meraih gelaran dunia pertamanya dalam Kejua­raan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini.

Pelumba Ducati itu tampil cemerlang tiga musim terakhir apabila menamatkan saingan sebagai naib juara berturut-turut pada tahun 2017, 2019 dan 2019.

Kemenangan Dovi juga bakal menjadi perpisahan manis bersama Ducati selepas pelumba berusia 34 tahun itu membuat keputusan meninggalkan pasukan tersebut selepas dikatakan tidak bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan.

Ketiadaan Marquez musim ini menyaksikan Dovi kini di tangga kedua carta kedudukan pelumba selepas hanya dipisahkan tiga mata dengan pelumba Pertronas Yamaha Sepang Racing Team (Petronas Yamaha SRT), Fabio Quartararo.

“Jika Dovi berjaya meraih kejuaraan dunia, semua orang akan gembira dengan keputusan tersebut. Saya rasa dia benar-benar layak untuk meraih gelaran dunia pada musim ini.

“Dia (Dovi) telah mengakhiri perlumbaan tiga musim terakhir sebagai naib juara dan saya yakin dia mampu mendominasi perlumbaan 2020 ini,” kata Marquez.

Dalam pada itu, Marquez juga turut memberi amaran kepada Dovi kerana dia mungkin bakal berdepan tentangan hebat menerusi pelumba muda Perancis, Quartararo.

“Quartararo merupakan pelumba muda yang luar biasa bagi saya dan prestasinya meningkat sejak 2019. Saya yakin pencabar Dovi ketika ini adalah Quartararo,” tambah Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI