fbpx

Penghantar makanan tolong kempen calon PRN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelaksanaan PRN menjadi salah satu sumber rezeki kepada penghantar makanan apabila ada calon yang menjadikan motosikal mereka sebagai jentera kempen.

MELAKA – Penghantar makanan di negeri ini tidak sangka pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) menjadi salah satu sumber rezeki apabila ada calon yang menjadikan motosikal mereka sebagai jentera kempen.

Muhammad Aqil Aqmar Mohd. Ishar, 19, berkata, itu adalah kali pertama motosikalnya digunakan sebagai penghubung antara calon dengan rakyat dalam pilihan raya.

“Saya betul-betul tidak sangka, motosikal kami ini dipilih menjadi salah satu saluran berkempen oleh calon-calon yang bertanding pada PRN Melaka.

“Menurut mereka, kaedah ini diperlukan susulan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak membenarkan calon berkempen secara terbuka atau menyebabkan orang ramai berhimpun,” katanya ketika ditemui di Duyung di sini.

Sementara itu Abdul Qayyum Mohd Isa, 22, pula menyifatkan penggunaan motosikal rider itu sebagai pengantara merupakan satu kaedah yang kreatif.

“Kita pernah lihat sebelum ini, bus atau teksi akan menjadi ‘papan iklan’, namun di Melaka ini, belum lagi kita lihat motosikal rider digunakan oleh mana-mana pihak untuk tujuan komersial.

“Jadi, saya kira kaedah yang digunakan oleh calon-calon ini memang kreatif, malah lebih efisyen kerana rider ini bergerak di banyak lokasi,” katanya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI